Sale!

Set Terjemahan ‘Dark World’ (Pra-Tempah Frankenstein + Drakula + The Invisible Man + Dr. Jekyll & Mr. Hyde) – Potongan 15%

RM148.00 RM125.80

87 in stock

Description

Set Terjemahan ‘Dark World’
Pra-Tempah Frankenstein sekarang bersama pembelian Drakula + The Invisible Man + Dr. Jekyll & Mr. Hyde)

*Penghantaran pos bagi mana-mana pembelian yang melibatkan Set Terjemahan ‘Dark World’ hanya akan dilakukan selepas Frankenstein (Edisi Melayu) siap dicetak. Harap maklum.

 

Judul: Frankenstein (Edisi Melayu)
Karya: Mary Shelley
Terjemahan: Dali Fazuri
Terbitan: Gapuraloka
Genre: Fiksyen Sains
Halaman: 308

SINOPSIS

Mengisahkan tentang sebuah perjalanan dan kembara hidup seorang tokoh bernama Dr. Victor Frankenstein, yang sedari kecil bercita-cita mencipta dan menghidupkan makhluk sempurna dengan berbekalkan ilmu sains moden. Ketika melanjutkan pengajian di Ingolstadt, dia berhasil mengumpul anggota-anggota tubuh orang yang telah mati, mencantumkannya menjadi makhluk raksasa, lalu menghidupkannya. Makhluk itu memiliki kekuatan fizikal dan kecerdasan akal yang luar biasa, namun tubuh dan rupanya hodoh sekali.

Setelah makhluknya bernyawa dan membuka mata, Dr. Frankenstein diserang ketakutan lantas melarikan diri dari makmalnya. Kesempatan itu digunakan oleh makhluknya bagi melepaskan diri ke dunia luar. Makhluk tersebut mula berusaha mencari teman, jati diri dan cinta, namun yang diperoleh hanyalah kebencian dek rupa parasnya yang hodoh lagi ngeri. Maka ia bersumpah untuk membalas dendam terhadap penciptanya, Dr. Frankenstein. Dengan kekuatan yang luar biasa, dia bersendirian menjelajahi dunia bagi menghancurkan semua insan yang dicintai Dr. Frankenstein.

 

Judul: Drakula (Edisi Melayu)
Karya: Bram Stoker
Terjemahan: Dali Fazuri
Terbitan: Gapuraloka
Genre: Seram, Fiksyen Sains, Fantasi
Halaman: 531

SINOPSIS

Jonathan Harker, seorang peguam cara muda, ditugaskan ke Transylvania bagi menemui Pangeran Drakula atas urusan jual beli hartanah di London. Pada mulanya, ketibaannya di Kastil Drakula disambut mesra, namun lama-kelamaan, Jonathan mengalami satu demi satu peristiwa aneh dan ngeri, dan semua itu dicatitkan dalam jurnalnya. Dia seperti terpenjara, dan mula mencari jalan keluar dari kastil tersebut.

Selama Jonathan berada di Transylvania, tunangnya, Mina Murray berasa khuatir sekali. Dia sering berkirim surat, meluahkan perasaan kepada sahabat baiknya, Lucy Westenra. Atas jemputan Lucy, Mina berangkat ke Whitby bagi menenangkan perasaan. Ketika di Whitby, tidur Lucy sering terganggu oleh mimpi ngeri, dan dia sering keluar berjalan dalam lena, hingga akhirnya dia menjadi mangsa pertama vampira. Kesihatan Lucy kian memburuk, membikin tunangnya, Athur Holmwood, meminta bantuan daripada temannya, Dr. Seward. Setelah diperiksa, Dr. Seward terpaksa meminta pula pertolongan daripada mantan gurunya, Dr. Van Helsing.

Pada ketika ini, Mina mendapat berita, Jonathan dalam keadaan  trauma di sebuah hospital di Budapest. Mina berangkat ke sana, lalu di hospital itu mereka bernikah, dan kemudian pulang beristirahat di Exeter.

Berita aneh mula muncul di Hampstead, kehilangan kanak-kanak yang dilarikan oleh seorang wanita jelita. Dr. Van Helsing mengesyaki sesuatu. Bersama-sama Dr. Seward, Arthur dan Morris, mereka merungkai misteri yang menyelubungi Hampstead. Kemudian, berdasarkan petunjuk-petunjuk yang dikumpul, juga cantuman jurnal-jurnal Jonathan dan Mina, mereka melakukan pakatan memburu Pangeran Drakula.

 

Judul: The Invisible Man (Edisi Melayu)
Karya: H.G. Wells
Terjemahan: Dali Fazuri
Terbitan: Gapuraloka
Genre: Misteri, Fiksyen Sains
Halaman: 300

SINOPSIS

Sang Halimunan, dia tiba di Iping di penghujung musim dingin, dengan perancangan melakukan penyelidikan bagi mengembalikan tubuhnya yang tidak lagi terlihatkan. Penampilannya yang berbalut seluruh tubuh menjadi buah mulut warga Iping, sekaligus meninggalkan rasa jengkel dan skeptikal terhadap dirinya. Insiden demi insiden berlaku yang akhirnya membuka rahsia keghaiban dirinya. Setelah rahsia keghaibannya diketahui umum, dia dikejar dan diburu, dan itu membuatkan tujuan asalnya berubah. Alang-alang umum menandai dirinya dengan kejahatan, dia berazam untuk menakluk sekalian manusia, juga menakluk satu dunia!

Dalam usaha warga Iping menangkapnya, dia berjaya melepaskan diri, dan bersama seorang gelandangan yang menjadi suruhannya, mereka menjadi pelarian menuju ke selatan, ke Port Burdock.

Di Port Burdock, Sang Halimunan merangka dan menyusun strateginya. Keyakinannya bagi menakluk dunia kian meninggi setelah bersua dengan Dr. Kemp, seorang kenalan lama, yang berjanji untuk membantu dan menjadi sekutunya.
Mampukah Sang Halimunan merealisasikan impian jahatnya? Apakah nasib yang menimpa Dr. Kemp dan Si Gelandangan di akhir cerita?

 

Dr. Jekyll & Mr. Hyde (Edisi Melayu)
Karya: Robert Louis Stevenson
Terjemahan: Dali Fazuri
Terbitan: Gapuraloka
Genre: Misteri, Fiksyen Sains
Halaman: 160

SINOPSIS

Kisah ini bermula apabila Enfield, sepupu kepada Utterson (seorang peguam), menceritakan peristiwa di mana seorang lelaki bertubuh jelek bertembung dengan seorang anak gadis di suatu selekoh di sebuah perkarangan. Lelaki itu kemudian memijak anak gadis tersebut, namun terpaksa memohon maaf dan membayar ganti rugi kepada keluarga anak gadis. Lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai Edward Hyde.

Peristiwa itu membuatkan Utterson teringat pada surat wasiat teman baiknya, Dr. Jekyll, yang menyatakan segenap hartanya harus diwariskan kepada Edward Hyde sesudah dirinya mati atau setelah tiga bulan menghilang. Dan hal ini memimpin kepada satu kes penyiasatan terhadap Edward Hyde. Tambah memburuk, nama Edward Hyde juga dikaitkan dengan pembunuhan seorang ahli parlimen, Yang Mulia Danvers Carew.

Mampukah Utterson membongkar rahsia hubungan antara Dr. Jekyll dan Edward Hyde? Apakah nasib yang menimpa Dr. Jekyll dan Edward Hyde di akhir cerita?

Additional information

Weight 1.65 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Set Terjemahan ‘Dark World’ (Pra-Tempah Frankenstein + Drakula + The Invisible Man + Dr. Jekyll & Mr. Hyde) – Potongan 15%”

Your email address will not be published. Required fields are marked *